Kehidupan peribadi Yusof Jusoh

Dato' Yusof berkahwin dengan Datin Aishah Jelaini dan dikurniakan 2 orang anak, Intan Sofinas Yusof dan Vivy Sofinas Yusof. Vivy Yusof merupakan seorang usahawan muda yang berjaya di Malaysia. Beliau merupakan pengasas bersama Syarikat FashionValet.com, sebuah syarikat e-dagang yang menawarkan pelbagai label popular eksklusif di Asia dalam laman sesawang atas talian .